Tidak dapat dinafikan bahawa mengajar merupakan antara profesion yang sangat sukar. Tahun demi tahun, guru berusaha meluangkan masa dan tenaga untuk memberi yang terbaik dan impak positif kepada anak murid mereka, yang merupakan generasi masa hadapan.
Dengan setiap cabaran yang terpaksa diharungi guru-guru hari demi hari, mereka menjadi lebih kreatif untuk membuatkan bilik darjah lebih ceria dan memberi semangat kepada anak murid mereka untuk menimba ilmu.
Guru-guru ini mencipta suasana yang kelakar bagi menarik generasi muda ini supaya cinta akan ilmu pengetahuan. Pastinya, anak-anak murid yang mendapat guru-guru yang ceria seperti ini merupakan anak murid yang paling bertuah di dunia.


#1 Guru ini dari masa hadapan! Lihat sahaja dia mengenakan pakaian seperti Darth Vader dari siri filem Star Wars bagi menarik perhatian para peljar semasa proses pembelajaran

#2 Guru ini sangat teruja mengenai persamaan Pi

#3 Guru ini memberi sijil penghargaan kepada anak muridnya yang sering kehilangan kerja rumahnya
Loading…
 
#4 Kaedah mengajar mata pelajaran kimia yang unik. Guru ini pastinya peminat Lady Gaga

#5 Para guru di sekolah ini menemui cara yang kreatif untuk memberi keceriaan dalam buku tahunan sekolah. Pelajar-pelajar pastinya cemburu dengan guru mereka

#6 Cikgu ini menemui kucing terbiar dalam perjalanan ke sekolah, lalu dia mengambil tindakan untuk menyelamatkan kucing itu walaupun terpaksa membawanya ke dalam kelas, semasa sesi mengajar!

#7 Jika anda tidak tersentuh dengan kisah guru di atas, kisah guru lelaki ini pastinya akan membuatkan anda terharu dan menyentuh jiwa anda. Guru dari Iran ini setiap hari melawat dan mengajar salah seorang anak muridnya yang terlantar di hospital kerana menghidap kanser.

#8 Sukar untuk menemui pengajar yang ‘cool’ seperti ini!

#9 Pas keluar kelas yang pastinya memberi peringatan kepada para pelajar supaya tidak menghilangkannya. Kata-kata dari filem Taken yang dibintangi Liam Neeson

#10 Dia meminta gurunya sebatang pen. Lihat apa yang diberi gurunya >_<

Era Baru Via 101viral