Kalau masa zaman dahulu, mendiang Puteri Diana yang menjadi pujaan ramai wanita dan lelaki dunia kan? Mana tidaknya, cantik, berkarisma, baik hati dan pemurah adalah kriteria yang dimiliki oleh beliau. Namun, sehingga kini, golongan puteri diraja tetap menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita tidak kira berdasarkan rupa paras yang cantik mahupun dari segi pencapaian karier. Oleh itu, kami senaraikan 10 puteri diraja yang paling cantik di dunia pada zaman kini! Bukan sahaja cantik, tapi mempunyai latar belakang yang hebat-hebat juga!

1. PUTERI KATE MIDDLETON, DUCHESS OF CAMBRIDGE
http://www.rsvponline.mx/http://www.rsvponline.mx/
Kate Middleton adalah salah seorang puteri diraja yang mendapat perhatian paling tinggi di dunia buat masa sekarang. Bukan sahaja cantik, malah beliau juga merupakan graduan dalam bidang sastera dari University of St. Andrews, dimana di situlah merupakan titik pertemuan beliau dengan Putera William pada tahun 2001. Wanita cantik berusia 35 tahun ini juga, mempunyai dua orang anak bersama Putera William iaitu Putera George dan Puteri Charlotte. Selain selalu mendapat perhatian dengan gaya pemakaian yang selalu ‘up to date’, beliau juga terkenal kerana selalu melibatkan diri dalam aktiviti amal.

2. PUTERI CHARLENE (MONACO)

http://www.thedailybeast.com/http://www.thedailybeast.com/
Charlene Lynette Wittstock atau dikenali sebagai Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik di Sydney pada tahun 2000 untuk Africa Selatan dan bersara pada tahun 2007. Wanita berusia 39 tahun ini merupakan isteri kepada Raja Albert II dan mempunyai dua orang cahaya mata bersama. Tak percaya umur beliau dah 39 tahun kan? Nampak macam 20-an lagi.

3. PUTERI AMEERAH BINT AIDAN BIN NAYEF AL-TAWEEL AL-OTAIBI

www.arah.comwww.arah.com
Puteri Ameerah Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983 dan merupakan puteri Arab Saudi.Beliau merupakan seorang puteri yang sangat pemurah dan mempunyai yayasan sendiri yang dikenali sebagai Al-Waleed bin Talal Foundation. Puteri ini juga mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan dari Universiti New Hevan dan merupakan bekas isteri kepada Putera Alwaleed Bin Talal.

4. PUTERI CHARTLOTTE MARIE POMELINE

http://loanpride.com/http://loanpride.com/
Puteri Charlotte merupakan anak kedua kepada Puteri Hanover, Caroline dan Stefano Casiraghi yang merupakan orang Itali. Beliau merupakan pewaris kelapan yang bakal mewarisi takhta Monaco. Puteri yang berusia 30 tahun dan masih solo ini juga mempunyai latar belakang kerjaya dalam bidang kewartawanan. Beliau merupakan editor bagi majalah Above dan juga duta sukan untuk Gucci. Hebat betul!

5. TUNKU AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH (MALAYSIA)

www.pinterest.comwww.pinterest.com
Rakyat Malaysia pasti kenal kan puteri cantik ini? Beliau merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Selain itu, beliau juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat ibunya yang suka melukis. Wanita berusia 30 tahun ini juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur.